Malaslah nak cerita patah hati, patah itu patah ini. Malas nak fikir soal kecewa, sedih semua. Itu hal budak-budak. Untuk aku, buat bodoh lagi baik. Mungkin sebab selama ni dh banyak berubah jadi baik. Murah dengan lawak bodoh semua, manusia semakin tak menghargai. Walaupun, pernah aku menyombong. Bila dah semakin mesra, rasa diperlekehkan. Susah macamni. Bukan nak kutuk orang, tapi ni sengaja nak luahkan sedikit rasa marah dan sedikit sedih. Lebih baik berkongsi dengan penulisan ni. Lebih mendalam. Lebih menyindir. Lebih menusuk. 

Semua orang tak sempurna. Kalau aku tak sempurna pada mata sesiapa, itu bukan urusan aku. Mata manusia memang suka menilai. Kadang-kadang teman yg kita sayang pun nampak kita dengan banyak kekurangan dan banyak kelemahan sini sana. Apa aku kisah. Bukan urusan aku. Aku cuba jadi penyabar. Yelah. Mcm semua org mahu. Aku boleh buat. Tapi boleh ke manusia sekeliling aku hargai? Boleh ke manusia sekeliling aku faham, aku sedang cuba ubah diri dan membantu aku? Boleh ke? Rasanya tak. Tak. Memang tak. Tapi tak apa, aku boleh berubah untuk kebahagiaan diri sendiri. Aku okay je. Tapi serupa lah kan mcm tak perlu ada teman istimewa pun. Tak membantu langsung.

Apa yg dah jadi malamni, aku tak boleh ubah. Sesiapa pun tak boleh ubah. Kesedihan yg aku tanggung malamni, tak ada sesiapa pun boleh cuba hilangkan. Esakan aku semua tak ada siapa kisah. Kan? Tak apa, aku boleh cuba biasakan dgn keadaan ni. Aku boleh. Bukannya aku tak biasa rasa sakit. Mcm-mcm aku dah hadapi. Ingat aku lemah sangat? 

Boleh nak bergurau. Tapi dulu. Sekarang kita mulakan drpd awal. Hati pun rasa pelik je ni. Tak tahu kenapa. Biar jelah. Esok lusa tawar lah ni. Lagi bagus!


31 MEI 2013
2.21 PG

No comments: